Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin

Tuesday, September 22, 2009

Maahad Tahfiz Al - Quran Al -Amin
















Kampung Berhala Gantang terletak dalam Mukim Sanggang II disebelah kanan mudik Sungai Pahang. Kira-kira 6 KM daripada Bandar Temerloh.

Diasaskan oleh Dato’ Shahibudin Bin Zainal Abidin pada tahun 1176H/1729M. Menurut sejarah, kewujudan perkampungan ini adalah untuk dijadikan sebuah pusat pengajian Islam dalam Negeri Pahang yang berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah menurut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan itu, kampung ini dinamakan Berhala Gantang adalah satu nama yang begitu simbolik yang membawa maksud menuju atau menghala ke suatu tempat.

Kejayaan Dato’ Shahibudin dalam usahanya itu terbukti apabila lahirnya sebilangan ulama’ yang terkenal antara tahun 1870 hingga 1900 seperti Kadi Besar Pahang ; Kadi Ibrahim bin Abu Hurairah, Imam Besar Muhammad, Tuan Hj. Ali bin Sham dan Tuan Hj. Ahmad bin Abdullah.

Selepas Merdeka, kampung ini telah menjadi sebuah pusat pengajian yang paling besar dalam Negeri Pahang. Seramai hampir 300 orang pelajar dalam setahun yang mendaftar di Madrasah Al-Wosto yang diasaskan dan dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hassanuddin Bin Mohammad. Kini Madrasah tersebut telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang dan dinamakan Sekolah Menengah Agama Al-Wosto.

Pada tahun 1996, kampung ini melangkah setapak lagi dengan terbinanya Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Hassanuddin Bin Mohammad. Beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997 dibawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Haji Wahid Ghaffar Bin Haji Ibrahim ( Al-Hafiz ).

Maahad ini merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran sepenuhnya. Namun begitu, pendidikan asas Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah serta Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris tidak diabaikan. Semoga Allah memelihara dan memberikan kejayaan dalam memperjuangkan hasrat, cita-cita serta niat kita bersama





0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger